Saturday, 15 February 2014

Jalanraya (IPOH) - Simpang Pulai - Lojing - Gua Musang - Kuala Jeneris - (KUALA BERANG)

Berita Lebuhraya Timur Barat 2

Projek Jalan Raya Kuala Berang Simpang Pulai Jangka Siap Akhir tahun

Projek Jalan Raya Kuala Berang-Simpang Pulai yang melibatkan laluan antara Aring, Kelantan ke Jambatan Pasir Pulau, Hulu Terengganu dijangka siap dan dapat digunakan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Hasilnya, Kuala Berang yang dahulunya dikenali sebagai Terengganu mati akan menerima pembangunan yang lebih pesat kerana kemudahan ini dan secara tidak langsung mampu menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke Tasik Kenyir, Kuala Berang.

Kenyir Ranger bakal ditubuhkan untuk memastikan kawasan Tasik Kenyir dipelihara dan tiada sebarang aktiviti pencerobohan haram berlaku,kata Menteri Besar, Dato Seri Idris Jusoh, ketika lawatan ke tapak projek laluan berkenaan, hari ini (18 Mac).

Turut hadir YTM Tengku Sri Panglima Raja merangkap Yang Di Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja; Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya III, Dato' Ir Mohamad Husin; Pengurus Besar Ketengah Tuan Haji Abdul Ghani Che Man dan Pengarah Urusan Konsortium Primercon Matang Selatan Sdn Bhd, Azmi Abdul Ghani.

Katanya, dalam pada itu, tiga buah jambatan untuk laluan hidupan liar turut dibina dan pembinaan itu adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Menteri Besar berkata, projek yang menelan belanja sebanyak RM 1.9 bilion itu mampu memendekkan perjalanan antara Cameroon Highlands, Pahang ke Terengganu hanya mengambil masa antara tiga hingga empat jam sahaja.

Beliau berharap, projek ini akan menarik lebih banyak sektor swasta untuk datang melabur ke Terengganu dan mampu memberi limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.

No comments:

Post a Comment