Berita Lebuhraya Timur Barat 2
Projek Jalan Raya Kuala Berang Simpang Pulai Jangka Siap Akhir tahun
Projek Jalan Raya Kuala Berang-Simpang Pulai yang melibatkan laluan antara
Aring, Kelantan ke Jambatan Pasir Pulau, Hulu Terengganu dijangka siap dan dapat
digunakan selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Hasilnya, Kuala Berang yang dahulunya dikenali sebagai Terengganu mati
akan menerima pembangunan yang lebih pesat kerana kemudahan ini dan secara tidak
langsung mampu menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke Tasik Kenyir,
Kuala Berang.
Kenyir Ranger bakal ditubuhkan untuk memastikan kawasan Tasik Kenyir
dipelihara dan tiada sebarang aktiviti pencerobohan haram berlaku,kata Menteri
Besar, Dato Seri Idris Jusoh, ketika lawatan ke tapak projek laluan berkenaan,
hari ini (18 Mac).
Turut hadir YTM Tengku Sri Panglima Raja merangkap Yang Di Pertua Majlis
Penasihat Pemangku Raja; Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya III, Dato' Ir
Mohamad Husin; Pengurus Besar Ketengah Tuan Haji Abdul Ghani Che Man dan
Pengarah Urusan Konsortium Primercon Matang Selatan Sdn Bhd, Azmi Abdul Ghani.
Katanya, dalam pada itu, tiga buah jambatan untuk laluan hidupan liar
turut dibina dan pembinaan itu adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Menteri Besar berkata, projek yang menelan belanja sebanyak RM 1.9 bilion
itu mampu memendekkan perjalanan antara Cameroon Highlands, Pahang ke Terengganu
hanya mengambil masa antara tiga hingga empat jam sahaja.
Beliau berharap, projek ini akan menarik lebih banyak sektor swasta untuk
datang melabur ke Terengganu dan mampu memberi limpahan ekonomi kepada
masyarakat setempat.